bismilahirrahmanirrahim….
kata-kata dari seorang sahabatku,
” saat bederai jatuh titisan air mata suci
ibrahim melihat keteguhan iman anaknya ismail…
dikala itulah bermula sejarah agung…
erti sebuah pengorbanan… ”
nampak mudah tapi pada diriku ianya sebuah ingatan dan kesedaran… jika difikir mendalam… besar makna potongan ayat ini… ayat yang mampu untuk membawa seseorang itu kembali kepada jalan yang benar…
satu persoalan yang bermain di minda saya tatkala mendapat pesanan ringkas ini, ” berbaloikah titisan air mata suci nabi ibrahim jika baginda melihat umat islam pada hari ini? “.. mungkin fikiran saya masih terbatas… tidak mampu berfikir secara rasional lagi…
Apakah erti pengorbanan?
menurut kamus dewan edisi ketiga, korban bermaksud adalah amalan untuk menghampikan diri kepada Allah dengan menyembelih binatang ternakan pada 10 zulhijjah atau 3 hari selepasnya ( hari tasyrik ) dengan mengagihkan sebahagian daripada daging itu kepada fakir miskin… peristiwa eid adha bemula tika Allah mengarahkan Nabi Ibrahim as untuk menyembelih anak kesayangannya, nabi ismail a.s… bayangkan bagaimana sukar ujian yang nabi Allah ibrahim terima dari Allah… namun ketenangan nabi ismail menyebabakan jatuhnya titisan ai mata suci bapanya…
firman Allah swt yang bermaksud:
” adakah kami akan mengatakan kamu beriman sedangkan kami
belum menguji kamu lagi ”
sejarah permulaan penyebaran islam menunjukkan pelbagai pengorabanan kekeasih Allah, Nabi Muhammad saw dan para sahabat.. pengorbanan Nabi Muhammad saw untuk membawa umatnya ke jalan yang benar.. walau di maki dan ditentang kuat sekalipun kerna sayang akan umatnya baginda tetap berjuang hingga ada tika bedarah kepala baginda akibat dibaling dengan batu…jika tidak kerna baginda adalah rahmatan lilalamin, sudah tentu terbalik bumi qaba’ tika itu… pengorbanan muaz utk mengajar mereka ynag baru memeluk islam.. bagaimana rasanya untuk mengajar di tempat yang kita tidak biasa?.. kekuatan iman para sahabat yang harus kita contohi dalam memperjuangkan manhaj Allah..
Pengorbanan hari ini….
umat islam hari ini kebanyakkannya cetak dalam mentafsirkan definisi pangorbanan.. ada yang berpendapat korban itu hanya menyembelih binatang ternakan.. ada pula yang menjadikan eid adha waktu untuk cuti tanpa ada penghayatan… ada yang mengambil peluang umtuk bertemu dengan kekasih mereka setelah berjauhan dan menganggapnya sebagai satu pengorbanan… mungkin sehigga itu sahaja tahap befikir mereka…
freemanson, islam liberisasi, sekularisme, marxisme dan sosialisme antara pelbagai fahaman dan isealisme yang mampu menjatuhkan umat islam… inilah pengorbanan kita sebagai umat islam… untuk mengembalikan umat islam ke jalan yang benar… usah diersoalkan isu mampu atau tidak… begitu banyak organisasi dakwah.. hanya kita yang tidak mahu… persoalkan pada diri masing-masing… jika diberi keizinan oleh Allah, apakah yang kita akan jawab jika baginda nabi Muhammad saw mengetuk pintu rumah kita dan bertanya, ” apakah yang telah kamu sumbangkan kepada ummah? ”